Take a fresh look at your lifestyle.

Hanya Pasang Wainscoting Sendiri, Rumah Terus Bertukar Jadi Kemas Dan Mewah!

0

Satu perasaan yang tak daoat nak gambarkan bila tengok rumah kita dah cantik dengan wainscoting. Sesetangah rumah memang akan jadi nampak ekslusif  dan mewah bila kita pasang wainscoting ni sahaja.

Biasanya nak nampak rekaan rumah ada wainscoting ni rumah yang besar, mewah atau pun dekat hotel-hotel. Memang tujuan dia untuk bagi nampak kemas dan mewah! Paling puas hati bila kita DIY sendiri jer pasang wainscoting.

Perkongsian daripada facebook Pembekal Kayu Wainscoting ni betul -betul boleh membantu kita cantikkan rumah kita dengan buat sendiri tau. Nak dapatkan kayu wainscoting yang murah dan pelbagai saiz? Boleh terus inbox mereka untuk lebih detail ya.

Jom saya kongsikan macam mana proses yang dibuat oleh mereka ni. Boleh apply dekat rumah kita sendiri atau rumah mak ayah kita. Sudah pasti, hasilnya nanti mampu mengujakan  semua orang.

 

DO IT YOURSELF (D.I.Y) WAINSCOTING

 

Bahan-bahan untuk projek wainscoting double frame :

  • kayu wainscoting ( 3 pattern. 1 untuk chair rail, 2 untuk frame)
  • gam kayu x-bond
  • latex sealant
  • masking tape
  • cat

(jotun majestic putih, jotun majestic turquoise kod 6084)

 

CARA -CARA NAK PASANG WAINSCOTING UNTUK RUMAH KITA SUPAYA NAMPAK KEMAS DAN MEWAH :

▶ Ukur keluasan dinding, rangka kedudukan kotak frame (bingkai frame) yang diperlukan

▶ Gap antara setiap bingkai frame antara 4 hingga 5 inci sahaja. ( *Gap jangan terlalu besar, nanti tak cantik)

▶ Pilih saiz kayu yang bersesuaian

▶ Potong kayu mengikut ukuran yang telah dilakar. Untuk mendapatkn sudut cantuman yang tepat bagi setiap sudut bingkai, gunakan mitrebox atau alat yang bersesuaian

▶ Cantumkan batang kayu menjadi bingkai menggunakan gam kayu

▶ Untuk gam bingkai ke dinding, perlu dibuat dengan teliti (supaya tidah senget)

▶ Selepas gam, ketuk sikit kayu untuk memastikan ia betul-betul melekat dan lekatkan masking tape sementara menunggu gam kering

▶ Isi ruang kosong (rongga-rongga kosong) antara bucu wainscoting dengan filler untuk nampak cantik dan kemas

▶ Cat keseluruhan dinding dan kayu, untuk tampak lebih ‘elegant’ dan mewah gunakan cat jotun majestic sheen (kilat)

 

BACA JUGA: Idea Unik Buat Sendiri Sofa Bawah Tangga, Wanita Ini Buat Kita Teruja Tengok Hasilnya!

 

Nak buat wainscotting ni memang makan masa yang lama juga. Tapi bergantung juga kepada kepakaran kita dan juga keluasan kawasan yang kita nak buat.

Ada yang buat kawasan tertentu sahaja seperti bilik tidur, atau ruang tamu sahaja. Tapi ada juga yang buat keseluruhan rumah. Waah! Confirm cantik.

Kos nak buat wainscoting ni tak lah mahal sangat sebab barangkita boleh buat sendiri untuk keseluruhan Kawasan tu. Barang-barang yang digunakan sangat berbaloi juga untuk kita dapatkan.

Tapi tidak mustahil ada yang suka suruh je orang buat, bayar sahaja saya nak tahu semua dah siap. Kalau ada belanja lebih tak ada masalah. Upah sahaja mereka yang lebih pakar untuk siapkan rumah kita supaya lebih cantik.

Dapat hasil yang super kemas, jimat masa dan tenaga kita. Nak buat sendiri pun boleh, pilihan di tangan kita untuk hasilkan kekemasan yang maksima.

Diharapkan perkongsian daripada Pembekal Kayu Wainscoting ni dapatlah sedikit sebanyak membantu kita yang teringin nak ubah rumah kita jadi lebih cantik dan kemas. Guna wainscoting dan DIY  jerr.

Satu perkara penting yang wajib kita titikberatkan ketika nak buat dekorasi bilik mahupun rumah ni adalah warna. Penggunaan warna yang macam mana yang sesuai dengan suasana dan keadaan rumah kita.

 

PILIHAN WARNA YANG SESUAI

Setiap warna memberikan kesan atau aura yang berbeza kepada individu dan ahli keluarga.

Jom saya kongsikan sedikit perihal pemilihan warna yang perlu kita ketahui :

  • sentuhan warna yang sesuai adalah warna pastel seperti cream, beige, coklat terang, kuning cair yang bukan sahaja lembut malam memberikan efek luas terhadap keadaan
  • Kalau nak gunakan dinding berwarna gelap seperti hitam atau biru gelap, kontrakan dengan perabot yang digunakan. Perabot pastikan warna putih, grey atau krim.
  • Warna lantai juga memainkan peranan yang penting. Untuk kelihatan mewah dan exclusive, penggunaan warna coklat pekat lebih sesuai.
  • Pastikan guna beberapa warna ringkas sahaja untuk kelihatan minimal
  • Jangan sesekali gabungkan beberapa warna yang kuat seperti oren dan merah, biru dengan purple sebab bukan sahaja boleh menghilangkan suasana ceria rumah, malam buat kita rasa serabut kepala!

Untuk pemasangan wainscoting pula, perasan tak, jika perkongsian yang kita lihat di luar sana, saiz frame waiscoting tidak terlalu besar. Jarak yang luas memabutkan dekorasi kita nampak tidak kemas.

Melainkan yang memang dah decide untuk masukkan sesuatu dalam frame waisncoting kita. Ada beberapa benda yang boleh kita masukkan dalam list.

  • Frame gambar. Ada yang suka gantung gambar anak-anak konvo dan sebagainya, hias dalam frame wainscoting untuk lebih kemas
  • Frame kata-kata. Hadiah dari kawan-kawan, frame kata-kata yang memberikan motivasi kepada kita, boleh juga diletakkan dalam frame wainscoting.
  • Frame surah. Ayat Qursi, ayat seribu dinar, Surah 3 Qul boleh diletakkan di antara frame wainscoting supaya kelihatan di ruang tamu.
  • Cermin. Hiaskan dengan cermin untuk memberikan efek luas pada kawasan
  • Bunga. Tak ramai yang suka hias bunga pada dinding tapi jika terlalu kosong, boleh beli bunga ni kedai DIY ata eco shop.
  • Lampu. Lampu sampingan yang berbentuk ring atau gantung di dinding. Biasanya lampu ni sebagai penambah hiasan sahaja.

 

Pilih hiasan yang kita nak gunakan tu mengikut kemampuan diri kita. Kalau nak jimat, letak cermin sahaja pun dah okay. Ada banyak cermin unik yang dijual dengan harga murah di Eco Shop.

Baru puas hati bila tengok rumah kita cantik je kan. Kalau mak ayah datang dari kampung, atau tetamu datang bermalam di rumah pun kita rasa best sebab rumah kita kemas dan cantik!

Bak kata orang rumahku syurgaku. Jadi harusnya kita siapkan rumah kita setenang syurga gituuh! Seronok je kan bila kita rasa seronok di kawasan rumah kita sendiri. Penuh rasa Bahagia, rasa seronok dan rasa selamat je.

Selamat maju jaya buat semua yang baru nak mula!

Leave A Reply

Your email address will not be published.