Penuhi Impian Isteri, Lelaki Ini Ubah Rumah Jadi Ala English Cottage Yang Awesome!
Bila isteri mengidam nak rumah macam orang putih boleh pening juga kepala dibuatnya. Tapi tidak bagi lelaki ini, usaha yang ditunjukkan oleh beliau ni betul-betul mengharukan kita yang melihat apatah lagi isterinya sendiri.
Tak sangka DIY sendiri je pun boleh hasilkan rumah ala -ala dekat negara orang putih. Nampak macam susah nak buat, tapi bila tengok hasilnya memang melopong jatuh rahang!
Menerusi facebook milik beliau, Syafiq Ahmad memenuhi permintaan isterinya yang mengidam nak rumah ala cottage English yang ada backyard. Menggunakan kepakaran yang ada, lantas bersetuju dan memulakan langkah pertama.
Ianya bukan mudah untuk orang biasa-biasa untuk melakukan apa yang dibuat oleh beliau. Akan tetapi hasil yang diperolehinya mampu buat isteri tersenyum gembira.
Hanya mengambil masa 3 minggu sahaja, rumah yang sebelum ini nampak biasa terus bertukar menjadi English style siap ada frontyard dan private garden yang awesome!
Bahagian paling penting untuk menampakkan ianya kena dengan English style tu, adalah pada papan luar rumah yang dipasang di sekeliling kawasan rumah.
Jika di luar negara mereka akan menggunakan material daripada vinyl sliding atau clipboard. Tetapi ianya tidak sesuai digunakan di negara kita.
Dengan langkah yang bijak, Tuan Syafiq hanya pasang menggunakan shera plank untuk dinding rumah dan juga untuk tembok taman yang dibina.
Selain harganya lebih murah ianya sesuai untuk terkena hujan dan panas. Tak risau nak rosak kerana ianya tahan lama bagi sesebuah rumah.
Untuk bahagian hall, kalau perasan beliau tutup ruangan beranda dengan menaikkan batu bata. Kemudian, ruangan itu turut dipasang corak yang seakan sama tetapi menggunakan shiplap yang diperbuat daripada MDF Board.
Ruang ini agak santai untuk kita berehat sambal lihat anak-anak main di taman. Kawasan itu juga turut dipasang vinyl supaya tampak lebih kemas dan juga wainscoting untuk kelihatan mewah dan exclusive.
Cermin sliding pula dipasang tinted supaya memudahkan untuk kita melihat anak-anak bermain di laur dengan kedaan selamat. Jika upah orang sedikit mahal jadi yang mana boleh dibuat sendiri, ianya lebih menjimatkan.
Pada asalnya, bahagian depan ini sememangnya mempunyai ruangan untuk anak-anak bermain dan disebelahnya pula ada tar jalan. Namun, Tuan Syafiq mengambil keputusan untuk menutup kawasan taman supaya jadi berpagar dan lebih selamat buat anak-anak agar tidak jatuh.
Untuk menaikkan tembok tersebut, separuh simen dan separuh lagi beliau menggunakan shera plank yang diikat pada besi. Siap ada pintu masuk khas ke kawasan taman dibuatnya. Memnag unik dan kemas.
Dari segi cat pula, beliau menggunakan cat jenis weatherbond yang sesuai untuk digunakan cat pada dinding jenis ini. Warna hijau yang dipilih juga cantik dan menyerlahkan lagi English style mereka.
Untuk bahagian depan sliding door, ada pasang sedikit awning bagi mengelakkan terik panas matahari terus masuk ke rumah.
Saya betul-betul tertarik bila melihat keadaan sekeliling taman pribadi mereka ini. Bukan sahaja keliling rumah, tapi bahagian taman itu pun turut dipasang shera plank supaya masih kena dengan tema yang diinginkan.
Dengan menggunakan nail gun hasil tampalan pada dinding dan simen kemas dan elok melekat dengan kuat. Untuk mencantikkan ruangan tamat ini, Tuan Syafiq dan isteri turut membeli kolam ikan bagi memeriahkan pemandangan.
Di sudut bucu pula ditempatkan gazebo untuk duduk bersantai di waktu petang sambal melayan anak-anak bermain di dalam taman tersebut.
Nak bagi pemandangan semakin cantik, turut dibina beberapa pasu menggunakan simen yang menempatkkan pokok-pokok yang menghijau cantik di dalamnya.
Waah! Memang kreatif betul lah Tuan Syafiq Ahmad dari IrisDeko Wainscoting ni. Segala wainscoting yang digunakan dalam proses ini semuanya daripada kedai beliau. Cantik je potongan yang terhasil sebab mereka menggunakan mesin bukan gergaji.
Kepada yang berkeinginan nak deko rumah ala English style, bolehlah jadikan rumah Tuan Syafiq ini sebagai sumber rujukan. Dan kepada yang mencari kayu wainscoting, boleh rujuk facebook IrisDeko Wainsoting untuk sebarang tempahan.
Ramai juga yang dah dapatkan kayu wainscoting dari beliau dan cuba untuk membuat dekorasi sendiri di rumah masing-masing. Apa yang menariknya, kalau nak buat beliau dari mana-mana pun boleh sebab kayu tersebut akan dipos terus ke rumah kita.
Selepas dah oder di whatsapp, hanya tunggu depan rumah sahaja. Bila dah dapat, bolehlah pasang berpandukan idea tersendiri untuk cantikkan rumah.
Bukan hanya isteri, kita yang tengok ni pun tersenyum lebar bila terpandang rumah mereka ini. Kemas dan cantik dengan susunan dan bahan yang digunakan.
Semoga lebih ramai yang terinsipirasi dengan perkongsian daripada Tuan Syafiq Ahmad ini. Kepada yang nak mencuba, selamat mencuba ye!