Take a fresh look at your lifestyle.

Diy Simple Untuk Stepping Stone, Laman Rumah Cantik, Poket Pun Tak Sakit

0

Memiliki laman yang indah pasti menjadi impian buat mana-mana individu yang memiliki rumah. Tapi, bukan semua berkesempatan untuk memiliki rumah yang mempunyai laman.

Sekalipun jika ada yang memiliki laman, bukan semua berkemampuan untuk mencantikkan laman rumah mereka itu. Tapi jangan risau. Mungkin perkongsian kali ini akan membantu anda untuk menjadikan laman rumah anda lebih cantik tanpa perlu berbelanja besar.

Perkongsian kali ini adalah daripada Wan Mohd Khairy menerusi group Facebook Kelab Kaki Deko. Hasil kerja yang ditunjukkan oleh dia sangat menarik dan luarbiasa kemasnya.

 

CARA SIMPLE BUAT STEPPING STONE

Hasil yang ditunjukkannya juga sangat cantik dan menarik. Tengok gambar di bawah.

Cantik kan? Tu belum lagi anda baca perkongsiannya dalam group tersebut. Dia mengajar cara-caranya macam orang tengah mengajar resepi masakan. Memang sempoi dan happy go lucky orangnya.

Jom baca langkah demi langkah yang telah dikongsikan olehnya.

 

PENYEDIAAN BAHAN

Dalam gambar dibawah, dia ada kongsikan beberapa bahan yang diperlukan untuk menghasilkan stepping stone ini. Saja kami masukkan screenshot sebab rasa tertarik dengan ayat yang digunakannya.

 

Bahan yang digunakan olehnya adalah:

  • Pasir kasar
  • Pasir halus
  • Simen
  • Gam mengikut nisbah seperti gayung dalam gambar di bawah

 

Kemudian masukkan air dan gaulkan sehingga semuanya sebati. Pastikan ia tidak terlalu keras dan juga tidak terlalu lembik.

 

Dia kemudiannya menyapu minyak hitam pada loyang. Loyang tersebut boleh dibeli di Shopee.

Seterusnya anda perlu masukkan adunan tadi ke dalam loyang berkenaan sehingga separuh penuh sebelum anda masukkan rangka besi seperti dalam gambar. Rangka tersebut juga boleh didapati di Shopee atau di kedai hardware.

Penuhkan loyang tadi. Kemudian goyangkan supaya semua didalamnya padat. Tapi pastikan anda tidak menggoyang dengan terlalu kuat.

 

JEMUR SELAMA 24 JAM

Setelah siap semua langkah sebelum ini, anda perlu untuk menjemur sekitar 24 jam. Anda juga perlu pastikan ia benar-benar kering terlebih dahulu sebelum anda mengambil langkah yang seterusnya.

Bila dah betul-betul kering barulah anda boleh keluarkan dan cat mengikut warna yang anda inginkan seperti dibawah.

 

BACA JUGA : DIY Simple Untuk Pintu Bawah Table Top Dapur, Kemas Dan Mudah

 

Mudah pula bila lihat perkongsian daripada Wan Mohd Khairy ini kan. Jangan takut untuk mencuba kerana bagi sesetengah orang, mereka berasa seronok untuk melakukan aktiviti DIY sebegini.

Ada kemungkinan besar untuk anda gagal. Tapi ada juga kemungkinan besar untuk anda berjaya. Jangan takut untuk mencuba. Mungkin ia akan menjadi satu kemahiran dan hobi baru untuk anda. 

Siapa tahu jika ia juga boleh menjadi kemahiran yang anda boleh jadikan sebagai duit suatu hari nanti. Semoga perkongsian kali ini memberikan banyak manfaat buat anda.

 

SUMBER : FB WAN MOHD KHAIRY

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.