Beli Rumah Subsale Dan Renovate Sendiri Sampai Nampak Mewah! Pasangan Ini Kongsikan Rumah Mereka Yang Exclusive!
Tiada siapa yang dapat menyangkakan masa depan. Namun, kata orang bila ada duit, rumah biasa pun boleh jadi luar biasa. Tak sangka idea dekorasi pasangan suami isteri ini boleh memberi inspirasi kepada kita semua.
Dengan bermodalkan anggaran lebih kurang RM71 ribu ini, hasil dia memang luar biasa! Terbeliak mata kita dibuatnya. Daripada rumah teres biasa kepada teres juga tapi macam banglo mewah.
Jom, saya kongsikan bagaimana rumah Tuan Ridzuan Samsudin dan pasangannya Puan Diana Zaini sebelum dan selepas direnovate jadi cantik dan exclusive ni. Serious, kita yang tengok pun rasa tak sabar dan bahagia je rasa.
BAHAGIAN HADAPAN RUMAH
Awning bahagian depan tu dirobohkan semua. Kami naikkan 3 kaki ke atas dan panjangkan 3 kaki ke depan. Kemudian tembok depan pecahkan dan gantikan dengan pagar yang dibuka sepenuhnya. Barulah nampak luas dan kemas untuk bahagian hadapan rumah ni.
BAHAGIAN PINTU
Pintu asal rumah ni, berada di ruang tengah. Dan tingkap yang digunakan juga tingkap nako seperti dalam gambar. Selepass renovate, bahagian hadapan rumah tu di tambah ke depan sebanyak 4 kaki. Jadi ruang dalam rumah akan jadi lebih luas.
Tingkap dan pintu juga ditukar kepada jenis sliding. Porch kereta pulak dia letakkan mozek secara keseluruhan. Pemilihan mozek kena pandai, supaya Nampak luas.
BAHAGIAN HALL
Ruang berdiri sekarang ini daripada pintu bilik ketiga. Dari sini akan terus Nampak ke pintu luar. Hall pun tak besar sangat sebab tu decide untuk Panjang hall sebanyak 4 kaki ke depan.
Tapi selepas direnovate, pintu bilik ketiga tadi dah tukarkan menghadap ke dapur. Jadi dari into depan, masuk ke hall, lalu meja makan. Ada laluan di tepi untuk ke bahagian dapur. Siling rumah tukarkan kepada siling kapur + Cornish untuk lebih exclusive.
Antara barang yang boleh disenaraikan dan kongsikan dimana boleh dapatkan :
- Sofa – Caler Home
- TV Cabinet – Caler Home
- Coffee Table – Shoppe
- Carpet – Carpet Prime
- Pokok – Romantika
- Langsir – di Kedai Pakistan
- Lampu dan kipas – CK Lighting
- Skybird (160 cm tinggi)
- Jam – Shopee (60 cm)
- Karpet – Ikea
BAHAGIAN MEJA MAKAN
Ramai juga yang berkenan tengok meja makan ni. Sebab memang nampak mewah dan exclusive kan. Tapi sebenarnya meja ni dah tersangat lama. Usia dia hampir 11 tahun digunakan. Cuma, untuk kelihatan matching dengan tema Modern Minimalist ni nak tahu apa yang mereka buat?
DIY sendiri sahaja, tampal permukaan meja dengan wallpaper je gaiss! Beli wallpaper di shopee dan saru ng kerusi juga beli di shopee. Issh! Nampak macam baru keluar kedai je hasil kejadiannya. Kerusi coklat hujung tu, beli dekat Caler Home.
BAHAGIAN HALL ( gambar meja makan dari arah kerusi coklat)
Untuk bahagian hall ni, ada dua jenis cat yang digunakan iaitu:
- Jotun Majestic Washed Linen
- Jotun Majestic Persian Khaki
Manakala untuk wainscoting pula, boleh buat sendiri je, sebab kos barang baru harga RM170. Jika nak upah orang kemungkinan harga cecah ribuan. So jimat!
BAHAGIAN DAPUR
Bahagian paling penting dan tempat kegemaran para isteri dan ibu. Ofcourse lah dapur kena cantik supaya nak masak pun selesa. Dapur asal rumah ni sempit sikit dengan bahgian table top terbuka ruang bawah.
Jadi selepas di renovate, pasang table top baru dan sesuaikan dengan ketinggian isteri. Untuk memudahkan dia nak memasak kan. Bahagian tingkap juga tukar dari jenis nako kepada jenis sliding. Lantai tukar supaya lebih kemas dan luas.
Dapur terus install pada table top. Pasang bidai juga pada tingkap dapur supaya taka da lah orang luar Nampak kita kan. Oh ya! Bahagian bawah table top cari yang boleh tutup supaya dapur kita sentiasa bersih.
BAHAGIAN PINTU KE DAPUR
Kalau dari sini kita boleh nampak dari hall depan, nak menuju ke dapur ada satu laluan. Di sini jugalah pintu bilik ketiga yang asalnya menghadap hall.
Sengaja sediakan table counter dengan kerusi supaya dapat teman isteri masak atau isteri nak duduk berehat sambal tunggu daging empuk ke kan.
BAHAGIAN RUANG KOSONG, TRANSFORM JADI BILIK AIR
Bahagian kosong ini asalnya owner rumah tu sendiri dah extendkan dah buat ruang mesin basuh. Tapi lepas dah buat belian rumah ni, kita tukarkan jadi tanda utama. Wah! Nampak kemas dan bersih je kan.
Penting betul pemilihan warna untuk rumah kita kelihatan clean je. Bila ruang ini itdak begitu luas, tak perlu nak buat singki, tapi buat tempat letak barang kecik comel je dekat situ. Menarik!
BAHAGIAN BILIK UTAMA
Mesti ramai tak sabar nak tengok keadaan bilik utama kan? Daripada sebelumnya itu, bila dah dicantikkan memang rasa tak nak keluar bilik jadinya. Serious jadi cantik, exclusive dan mewah.
Tingkap tukarkan kepada tingkap sliding, pasang aircond, wainscoting dan cat bilik sahaja. Barang perabot bilik bawa dari rumah lama je.
BILIK KEDUA
Untuk bilik yang tak besar sangat ni, kita gunakan konsep minimal sahaja. Catkan bilik dengan warna lebih cerah supaya kelihatan lebih luas. Sebelum nak cat dinding, selesaikan dulu masalah kulat pada dinding tu ye.
Pergi ke kedai hardware, beli skim coat atau boleh juga gunakan wall sealer untuk tampal pada ruang yang rosak. Kemudian baru cat dengan warna yang kita nak. Ini supaya warna cat kita tak terganggu dengan kulat-kulat tersebut. Hasil pun akan jadi cantik.
BACA JUGA: Hanya Pasang Wainscoting Sendiri, Rumah Terus Bertukar Jadi Kemas Dan Mewah!
BAHAGIAN TANDAS
Kalau tadi, ruangan kosong dijadikan tanda utama, tetapi kali ini asalnya tandas utama rumah, tapi dialihkan pintu ke dalam bilik untuk jadikan sebagai tandas bilik kedua.
Kemas dan bersihkan tandas, untuk bilik air ni gunakan separuh cat separuh Jubin. Jika nak pakai cat, pastikan pakai cat kapur supaya jika kena air tidaklah mereka cat kita. Nak lebih selamat, boleh pakai Jubin untuk keseluruhan bilik air.
BILIK KETIGA
Untuk bilik ketiga ni, saiznya lebih kecil dan sama seperti bilik kedua, amalkan konsep minimal sahaja. Dalam bilik hanya sediakan katil, dan almari sahaja untuk simpan baju, buku dan beg sekolah.
Waah! Teruja betul dengan kekereatifan pasangan suami isteri ni dalam deko rumah mereka ni kan. Bolehlah kita pun kumpul lebih kurang RM71 ribu untuk buat seperti rumah mereka. Serious cantik!
Bagi saya agak murah kalau hasil yang kita boleh dapat seperti banglo mewah yang exclusive. Ukur baju di badan sendiri. Jika ada sumber kewangan yang cukup, barulah boleh decide untuk buat seperti ini ya.
Jangan sampai terpaksa buat hutang bank atau ah long semata-mata nak cantikkan rumah yang kita ada sekarang ni. Simpan dulu posting ni, share dulu di wall kita. Jadikan inspirasi dekorasi untuk rumah kita yang akan datang.