Take a fresh look at your lifestyle.

Suami Sempoi, Buat Sendiri Almari Besar Untuk Isteri Ikut Bajet Yang Ada

0

Memiliki rumah idaman pastinya menjadi impian semua. Tidak kiralah samada pasangan yang baru berkahwin, sudah lama berkahwin atau masih bujang, pastinya sudah sekian lama mempunyai idea rumah idaman mereka.

Jika sudah berkahwin, sebagai seorang suami pastinya ingin berikan yang terbaik buat isteri tercinta bagi memenuhi rumah idamannya. Namun, ada masanya keadaan kewangan yang belum stabil membantutkan perancangan tersebut.

Sebenarnya ada baik juga bila keadaan tersebut berlaku kerana ada suami yang akan “terpaksa” mengeluarkan sisi-sisi hebat pertukangan mereka pada ketika ini untuk memenuhi kehendak isteri dan dalam masa yang sama tidak lari bajet.

 

BUAT SENDIRI ALMARI UNTUK ISTERI

Itulah apa yang dilakukan oleh Izuan Che Ibrahim dimana dia telah kongsikan mengenai almari besar yang direkanya sendiri untuk isteri tercinta. Perkongsian tersebut telah dikongsikan didalam group Facebook Tukang Apa Hari Ini.

Perkongsian tersebut telah mendapat lebih daripada 35 ribu tanda suka dan ramai yang berasa kagum dengan kemahiran yang ada pada Izuan. Apa yang lebih menarik adalah hasil akhir setelah semuanya siap.

Saat ditanya berapa modal yang diperuntukkan untuk menyiapkan semua ini, ia hanyalah sekitar RM800 sahaja. Jom tengok perjalanan proses bertukang yang dikongsikan oleh Izuan.

Dibawah ini adalah ruang asal sebelum diubah suai. Kosong sahaja dan dia memanfaatkan ruang ini untuk dijadikan sebagai almari besar seperti apa yang diimpikan oleh isterinya.

Kemudian, dia memasang round bar bracket dan juga railing untuk diletakkan shelf. Menerusi persoalan yang ditanya di ruangan komen, dia membeli kesemuanya di Shopee sahaja.

Kemudian, dia memasang plywood untuk dijadikan shelf. Menarik idea dan teknik pemasangan yang ditunjukkan oleh Izuan ini. Makin tak sabar nak tengok macam mana hasil akhirnya nanti.

Dia kemudiannya membuat rangka kayu dengan menggunakan kayu saiz 1x 2. Dah nampak dah kan macam mana rupa hasil akhir dia nanti?

Kemudian, pada rangka berkenaan dia menampal MDF Board untuk dijadikan sebagai dinding almari berkenaan. Barang ini pun boleh didapatkan di Shopee pada harga yang jauh lebih murah.

Seterusnya dia menampal papan shiplap untuk menjadikannya kelihatan lebih kemas dan menarik.

Izuan juga memilih untuk menggunakan tema warna putih pada almari idaman isterinya ini.

 

MASA BUAT PINTU ALMARI

Dia juga ada kongsikan gambar-gambar setiap fasa dia menyiapkan pintu untuk almari berkenaan. Pintu ini menggunakan konsep ala barn door. Kayu yang digunakan adalah kayu pine 1×2 dan plywood nipis 4 mm selain turut ditampal dengan MDF Board.

 

HASILNYA…

Gambar dibawah ini adalah hasil setelah semuanya siap. Memang kreatif dan berbakat Izuan. Pasti si isteri tersenyum bahagia kerana telah mendapat almari seperti yang diidamkan.

Ramai sebenarnya yang terinspirasi hasil DIY almari daripada Izuan ini. Bolehlah sama-sama kita cuba buat apa yang termampu. Duit jimat, masa terisi dan dapat belajar kemahiran baru.

 

SUMBER : IZUAN CHE IBRAHIM

Leave A Reply

Your email address will not be published.