Take a fresh look at your lifestyle.

Makeover Washroom Dari Biasa-Biasa Ke Luar Biasa. Hasil Dia Memang Amazing!

0

Dah lama nak makeover washroom, nak makeover dapur, ruang tamu tapi yang tak ada hanyalah masa. Jadi bila tiba-tiba kena musim PKPB ni, ada lah juga aktiviti yang boleh dilaksanakan.

Tercapai juga Hasrat Cik Puan Anis kita ni untuk makeover washroom dia. Bila tengok hasilnya memang wow! Tak sangka juga boleh jadi cantik sebegini.

Jom saya kongsikan berapa kos yang dikeluarkan dan apa jenis cat yang digunakan oleh beliau untuk dapatkan hasil yang cantik. Pemilihan warna pun memainkan peranan. Nak guna cat untuk bilik air, kena bijak dan dapatkan bantuan yang pakar.

Menurut Puan Anis ni, memang dia dan pasangan mengambil masa beberapa hari untuk siapkan projek cantikkan bilik air ni. Antara sebabnya adalah nak tunggu cat kering sebelum next proses. So, yang mana ada dua bilik air sesuai untuk buat satu per satu.

 

CARA DIY MAKEOVER WASHROOM

Barang-barang yang diperlukan adalah :

  • Cat Nippon Tile Primer 3L (dia akan sekali dgn hardener) RM165
  • Cat Nippon EA4 White 5L (sekali dengan hardener jugak) RM175
  • Cat Nippon EA4 Grey 1L (plus hardener) RM47
  • Filler
  • Berus cat masking tape biru dll (bgtau org kedai nk berus n roller utk epoxy paint)

CARA-CARANYA :

Hari 1 – Basuh dan sental toilet menggunakan clorox. Biar tandas betul-betul kering. Dah kering barulah letak filler dekat lubang – lubang yang ada dekat tiles. Tunggu sehingga filler kering.

Hari 2 – Sapu habuk atau debu sebelum cat. Cat Tile Primer untuk lapisan pertama. 3L tu sebenarnya boleh guna untuk 2 tandas sebab yang ni buat selapis je. Memandangkan kitorang memang nak cat dua-dua tandas, so ngam-ngam la ni. Biarkan cat kering sehari.

Hari 3 – Tunggu Primer kering

Hari 4 – Cat EA4 White 1st layer. Cat ni kena buat 2 lapis. So kalau nak buat putih, buat 2 lapis putih. Kalau macam kitorang, dinding putih, lantai kelabu. So dinding kitorang cat 2 lapis putih. Lantai selapis putih. Nak buat corak-corak pun boleh. Korang cari la idea dekat pinterest. Biar cat kering.

 

Hari 5 – Tunggu 1st layer EA4 kering

Hari 6 – Cat 2nd Layer EA4 Putih lagi sekali bagi dia betul-betul putih dan tak nampak corak atau warna tile lama. Tunggu sampai kering

Hari 7 – Tunggu 2nd layer cat betul – betul kering. (The best 1 hari) tapi sebab semalam kami start cat pagi so kami terus cat EA4 kelabu. (Padahal excited sangat and tak sabar. haha) Dah rasa kering terus cat EA4 kelabu selapis. Lepas tu tunggu kering lagi (kena banyak bersabar menunggu)

Hari 8- SIAP!! Thank you Nippon for the advise

 

Bila dah siap, nampak kemas, bersih dan cantik je washroom kita. Orang nak tumpang masuk pun kita tak segan kan.

Kalau yang berniat nak cantikkan bilik air atau tanda seperti yang Puan Anis ni kongsikan, boleh lah follow step by step yang beliau share ni. Lengkap step by step lagi tau apa yang perlu kita buat mengikut hari.

 

BACA JUGA: Deco Rumah Dari Setinggan Jadi Kondo Guna Wallpaper, Wanita Ini Kongsikan Cara Jimat Dan Murah Tapi Nampak Mewah!

 

So mudah lah kan nanti dah ada rujukan. Dah siap ada harga untuk guideline kita nak beli yang mana. Jangan lupa kongsikan dulu dalam wall facebook. Supaya nanti nak buat, boleh senang jumpa bila dicari.

Bila tandas dah cantik, kena lah pandai jaga supaya kelihatan kekal cantik dan bersih tu. Sesetengah orang memang tak boleh biarkan tandas kotor walaupun sedikit, kerap mencuci, berus lantai tandas, pegang pencuci tandas, akhirnya tangan jadi kasar.

Tapi ada cara mudah macam mana kita nak kekalkan tandas kita supaya kelihatan bersih, berkilat, cantik dan tiada tompok-tompok putih pada lantai. Jom saya kongsikan sharing daripada akak sorang ni.

 

CARA KEKALKAN KEBERSIHAN TOILET

Alkisahnya, ada sahabat yang datang ke rumah dan gunakan tandas beliau. Terkejut kawan tu tengok macam mana tandas beliau boleh bersih dan lantai berkilat je.

Sebab dia dah cuba pelbagai jenama, pelbagai cara nak hilangkan kotoran baik di dalam mangkuk tandas dan juga lantai terutamanya.

Menurut tuan rumah ni, dia seorang yang penggeli nak duduk lama-lama dalam tandas, nak duduk sental tendas memang tak boleh. Alhamdulillah dia jumpa cara yang mudah dan tak perlu nak sental, kotoran degil semua hilang!

Jadi, hanya gunakan clorox lantai jenama pasaraya Tesco sahaja boleh dapatkan hasil yang seperti kita mahukan. Sebotol harga dalam RM1.xx je, jimat banyak nak dibandingkan sental pakai air coca cola lah apa semua.

Buat lubang pada botol clorox tersebut dan renjiskan pada mangkuk tandas. Biarkan selama 30 minit, tak perlu berus pun hanya terus pam sahaja tandas kita akan bersih. Untuk lantai pula, bancuh clorox ni dengan suku baldi air. Tambahkan sedikit sabun supaya wangi.

Simbah di seluruh lantai tandas kita. Biarkan selama 30 minit juga. Kemudian ambil berus dan gosok manja-manja je. Then, bilas macam biasa. Buat sebulan dalam 2 kali pun dah okay sangat.

Waktu sesuai untuk buat kerja membasuh tandas ni adalah waktu anak-anak ke sekolah atau waktu anak-anak tidur. Sebab tak nak benarkan mereka masuk ke tandas dalam 2- 3 jam lamanya.

Mudah je kita nak kekalkan tandas kita supaya kemas dan bersih tu. Kena rajin sikit je barulah dapat hasil yang memuaskan. Bukan kita je tenang, orang datang rumah pun kita tak risau.

Kepada yang nak buat nanti, sama ada nak cantikkan bilik air atau nak bersihkan bilik air dengan cara mudah, saya ucapkan selamat mengecat ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.