DIY Simple Untuk Pintu Bawah Table Top Dapur, Kemas Dan Mudah
Kalau ditanya pada orang perempuan, bahagian mana dalam rumah yang paling mereka ingin jadikan yang terbaik sudah semestinya di dapur. Sebab kebanyakan masa mereka akan dihabiskan untuk memasak juadah yang lazat untuk keluarga tercinta.
Dapur idaman tidak semestinya dapur yang mahal. Ada yang sudah bersyukur dan berpuas hati hanya dengan mempunyai dapur yang bersih, kemas dan teratur. Boleh rasa hilang mood kalau dapur bersepah.
Kadangkala bukanlah salah wanita tidak tahu mengemas dapur. Tapi, sukar untuk sorokkan barang-barang yang terlalu banyak di dapur daripada pandangan mata. Kuali, periuk, pinggan mangkuk dan lain-lain sahaja sudah berapa jenis. Dah simpan dalam bekas atau drawer, masih nampak tak “kena” lagi.
BUAT PINTU TABLE TOP SENDIRI
Kalau macam tu, mungkin perkongsian daripada Puan Ema menerusi group Facebook KaMi SuKa DeKo DeKo ini akan membantu anda. Perkongsian yang sangat simple tapi berjaya selesaikan masalah “serius”.
Jom baca perkongsiannya di bawah ini. Semoga bermanfaat!
NAK PASANG LANGSIR TAPI…
Menurut Puan Ema, pada awalnya dia lebih kepada ingin memasang langsir sahaja pada bahagian bawah table top di dapurnya itu. Tapi fikir punya fikir, disebabkan dia dan anak-anak sangat suka memasak dan agak “ganas” sewaktu memasak, dia risau langsir tersebut akan cepat kotor. Masalah untuk mata lagi.
Jadi, dia dapat idea lain yang lebih sempoi. Buat sendiri pintu tanpa guna drill.
Gambar dibawah ini adalah gambar sebelum di dapur Puan Ema. Semuanya tersusun kemas tapi mungkin sedikit tidak sedap mata memandang buat Puan Ema.
Dia juga turut menampal wallpaper pada bahagian dinding dapur tersebut untuk menaikkan lagi seri dapurnya.
Kemudian, dia menggunakan gam seperti gambar di bawah untuk lekatkan rail pada bahagian bawah table top. Dia malas nak gunakan drill. Jadi, dia memilih gam. Dia sempat berpesan untuk menunggu sekitar sehari dahulu barulah gam benar-benar kering dan melekat.
Dalam gambar dibawah pula adalah contoh rail yang Puan Ema gunakan. Rail ini digunakan untuk meletak roda. Kedua-duanya boleh didapatkan di Shopee.
Untuk pintu pula, Puan Ema menggunakan papan plywood. Dalam gambar di bawah, papan plywood tersebut sudah siap ditampal dengan wallpaper. Tapi, wallpaper ini bukanlah wallpaper yang biasa digunakan untuk ditampal pada dinding.
Plywood tersebut juga dia beli daripada Shopee dan sudah siap dipotong oleh seller. Dia ukur siap-siap dan beritahu berapa saiznya kepada seller. Mudah kerja Puan Ema.
Roda yang dibeli tadi dipasang pada bahagian bawah seperti dalam gambar. Katanya ruang yang ada pada roda tersebut muat-muat dengan saiz papan plywood yang setebal 5 mm itu.
HASIL AKHIR DIY PINTU TABLE TOP…
Menarik sebenarnya hasil yang ditunjukkan oleh Puan Ema ini. Selesai masalah wanita-wanita di luar sana. Kerja pun tak susah. Modal pun tak besar.
BACA JUGA : Suami Sempoi, Buat Sendiri Almari Besar Untuk Isteri Ikut Bajet Yang Ada
Puan Ema ada menambah handle pada pintu tersebut untuk memudahkan proses membuka dan menutup pintu. Tak susah pun. Tampal sahaja handle tersebut pada pintu.
Menarik kan perkongsian daripada Puan Ema kali ni? Dapat idea baru tak tu? Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat buat anda.
SUMBER : FB PUAN EMA