Take a fresh look at your lifestyle.

Diy Sejukkan Ruang Rumah Yang Panas Dengan Aluminium Foil

0

Ramai sebenarnya yang mempunyai ruang dalam rumah yang sangat panas. Ada banyak faktor yang menyebabkan rasa panas membahang sebegini. Ia boleh jadi berpunca daripada bahan yang digunakan, pengudaraan dan cara binaan.

Ada banyak lagi sebenarnya yang menjadi punca. Tapi rasanya daripada kerap mencari punca, tanpa mencari jalan penyelesaian pun tak boleh juga kan? Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Ramai juga yang terus memilih untuk memasang aircond untuk menyejukkan kembali ruang dalam rumah. Tapi, jika tidak diatasi masalah yang diakibatkan oleh faktor yang disebutkan tadi, akan ada masalah lain pula yang berlaku selepas anda memasang aircond. Bil akan naik melambung tinggi!

 

DIY SEJUKKAN RUANG RUMAH

Sebab itulah kami rasa perkongsian kali ini daripada Oyeasaari Nordin menerusi group Facebook Tukang Apa Hari Ini akan memberikan banyak manfaat buat anda. Menurutnya, ruang dalam rumahnya sangat panas.

Memang tidak selesa. Dia pada mulanya mencari-cari cara untuk sejukkan rumah sebelum memasang aircond dan juga ventilation fan. Suhu dalam rumah yang dikongsikannya boleh tahan tinggi. 40 darjah celcius!

 

PERLU PASANG ALUMINIUM FOIL DULU

Selepas dia melakukan survey, dia dapati cara terbaik untuk sejukkan ruang rumah adalah dengan meletakkan aluminium foil terlebih dahulu. 

Tapi, dia ada masalah lain sebab bila melibatkan rumah lama di bahagian bilik biasanya terus siling di bawah genting. Jadi, tiada ruang untuk dia masukkan siling seperti kebiasaan.

Ada tiga cara yang boleh dilakukan untuk rumah-rumah lain iaitu samada dengan buka bumbung, buka siling atau tampal sahaja pada siling. Tapi untuk rumahnya, ketiga-tiga cara ini tidak sesuai.

Jadi, dia pun mendapat idea untuk menggunakan paip PVC untuk menjolok masuk aluminium foil tersebut untuk berada diantara bumbung dan kerangka kayu. Kemudian stapler aluminium tersebut pada kerangka kayu.

 

BACA JUGA : Diy Simple Untuk Stepping Stone, Laman Rumah Cantik, Poket Pun Tak Sakit

 

Bila dah siap semuanya, suhu dalam bilik berkenaan mulai turun. Kembali pada suhu bilik. Barulah boleh pasang aircond.

 

Menarik sebenarnya cara-cara yang ada untuk memudahkan urusan seharian kita ini. Semoga perkongsian daripada Oyeasaari Nordin memberikan manfaat buat anda.

 

SUMBER : FB Oyeasaari Nordin

Leave A Reply

Your email address will not be published.