Deco Rumah Dari Setinggan Jadi Kondo Guna Wallpaper, Wanita Ini Kongsikan Cara Jimat Dan Murah Tapi Nampak Mewah!
Siapa sangka daripada rumah setinggan boleh jadi macam kondo hanya menggunakan wallpaper. Kalau sebelum ni rimas rumah asyik bersepah, serabut dengan banyak barang-barang yang ada tapi lepas ni akan rasa tenang je rasa bila melangkah masuk rumah.
Perkongsian sahabat facebook kita Cik Puan Raja Nurhazwani ni betul-betul bagi semangat baru pada kita yang mempunyai masalah yang sama. Hasil yang diperolehi daripada kegigihan beliau mendeko atau mengubahsuai rumah beliau memang patut diberi pujian dan ikutan.
Paling menggembirakan, apabila apa yang diguna dalam menghasilkan ruangan dalam seperti kondo ni, hanya menggunakan barang-barang yang mudah sahaja!
Pasti anda tidak sangka, jika saya katakana beliau hanya menggunakan wallpaper sepenuhnya tanpa sebarang cat atau spray sekalipun untuk menghasilkan effect mewah dan ‘kondo’.
Waah! Betul-betul teruja saya rasa bila melihat rumah beliau kan. Dengan kos yang minima, kita dah berpeluang untuk mendapat hasil yang sedemikian rupa.
Sama seperti kita yang lain, masalah utama yang dihadapi ialah barang yang banyak dan menyebabkan rumah bersepah.
Jom saya kongsikan macam mana Puan Hazwani ni mulakan Langkah pertama dalam melaksanakan misi menjadikan rumah belia daripada setinggan kepada kondo mewah.
GAMBAR SEBELUM RUANG DAPUR DARI PETI AIS
Kalau dapat dilihat, ruang dapur ni agak luas tapi disebabkan ianya bersepah telah menyebabkan ruang ni Nampak tidak kemas dan tidak tersusun. Ada 3 masalah yang disenaraikan iaitu :
- Bersepah / Tidak teratur
- Tiada langsir pada tingkap
- Tidak seragam dan Nampak suram
GAMBAR SELEPAS (DARI PETI AIS)
Namun, hasil selepas di touch up memberi sedikit seri kepada keluasan dapur dan Nampak lebih kemas dan teratur.
Pelik tapi benar, Puan Hazwani hanya gunakan wallpaper sahaja untuk mencantikkan ruangan ini. Jadi, pemilihan wallpaper juga memainkan peranan penting supaya dapat memberikan effect yang cantik dan kemas.
GAMBAR SEBELUM DARI MEJA MAKAN (MENGHALA SINGKI)
Menurut beliau, masalah utama disini adalah susunan barang yang tidak teratur. Penuh barang atas counter top. Rak pinggan, besen, cawan digantung pada grill tingkap, semua ini membuatkan dapur kita nampak penuh dan bersepah.
Tingkap yang tiada langsir juga menjadi salah satu punca tak sedap mata memandang. Terasa ada yang tidak lengkap dengan suasana sekeliling.
GAMBAR SELEPAS DARI MEJA MAKAN (MENGHALA SINGKI)
Bagi mengatasi masalah ini, apa yang dilakukan adalah, di counter top, letak barang yang digunakan secara harian sahaja. Pasang blind di tingkap supaya nampak kemas dan orang luar pun tidak boleh nampak kita.
Bahagian dinding dan counter top juga balut dengan wallpaper sahaja untuk kelihatan cantik, bersih dan seragam.
GAMBAR SEBELUM SHELF
Jika perasan, bahagian ini ada satu shelf di atas. Nak letak bunga, atau barang hiasan pada awalnya tapi sebab jarang bersihkan habuk pun banyak terkumpul. Jadi kita ubahkan kepada yang lebih awesome!
GAMBAR SELEPAS SHELF
Untuk membuatkan Kawasan shelf itu berguna dan tidak berhabuk, boleh lah letakka minuman seperti milo, teh, kopi, dan gula di atas shelf terseut. Jadi kita yang kerap buat minuman akan menggunakan Kawasan tersebut dan akan rajin mengelap.
GAMBAR SEBELUM (DAPUR GAS)
Kawasan ini tidak memberikan masalah yang besar cumanya lebih kepada susunan barang-barang lain tidak teratur seperti beras, sos-sos dan sebagainya.
GAMBAR SELEPAS (DAPUR GAS)
Nampak menarik betul kawasan ni bila dah tampal dengan wallpaper yang cantik ni. Bahagian atas dapur letakkan barang-barang yang penting sahaja dan kegunaan harian. Seperti garam, kunyit dan perasa. Untuk sos, kicap letakkan di storage sebelah cabinet tu.
GAMBAR RAK PUTIH SEPAH
Inilah masalah bila barang dibeli dan takt ahu nak simpan dekat mana. Disebabkan kali ni nak make over betul-betul, rak ni akan digunakan untuk barang-barang penting dapur sahaja. Rak juga mengambil ruang bila ada bahagian yang tidak sama.
RAK SELEPAS HITAM
Gantikan dengan rak yang lebih kecil dan ruangan yang banyak. Dekat sini hanya barang-barang seperti rempah, bawang, serta stok yang belum digunakan lagi. Mudah juga kalau nak cek apa yang dan apa yang dah habis kan.
GAMBAR MEJA SEBELUM DAN SELEPAS
Meja yang dibeli di Ikea ni, masih elok Cuma di bahagian atas permukaan ada sedikit gelembung dan berlubang. Jadi, tampal dengan wallapaper sahaja tapi dah boleh dapat hasil yang mewah dan cantik! Jimat kan.
GAMBAR RAK SEBELUM SELEPAS
Nak buang tapi sayang. Rak ni memang berguna tapi biasa lah kita kan. Bila ada ruangs emuanya nak letak dan sumbat. Jadi, Puan Hazwani decide untuk cantikkan rak ni dengan wallpaper juga! Betul-betul low cost bak kata orang putih.
Daripada biasa-biasa, rak ni Nampak macam baru beli dari kedai perabot. Nak guna wallpaper yang mana, warna apa yang sesuai semua tu perlukan kemahiran dan kreativiti yang tinggi.
Daripada perkongsian Puan Hazwani ini banyak soalan yang diterima mengenai wallpaper, mengenai barang-barang yang disimpan dan sebagainya.
Jadi, di faebook belian sendiri, ada dikongsikan lebih kurang 13 soalan yang diajukan dan dijawab satu persatu oleh beliau. Saya kongsikan antara soalan yang diterima dan jawapan yang diberikan.
SOALAN : Saya tengok dekat singki tak ada pun rak pinggan. Pinggan yang dah dah basuh letak mana? Terus lap ke?
JAWAPAN : Disebabkan dapur ada dua singki, kita boleh gunakan satu untuk membasuh, dan satu lagi untuk tempat keringkan. Paling tidak untuk turunkan air. Sebelum ke tempat kerja simpan dalam cabinet atau terus lap lepas basuh.
SOALAN : Segala kicap dan sos letak dekat rak mana ya?
JAWAPAN : Sebenarnya terlupa nak upload gambar ni. Jadi untuk jenis perasa, letakkan dekat rak putih ni dan selitkan di tengah-tengah antara counter top dengan peti ais. Saiz yang kecil ni memang muat dan comel je.
GAMBAR-GAMBAR LAIN TERUS RUJUK DI WALL FACEBOOK BELIAU.
Banyak lagi sebenarnya soalan yang dikongsikan oleh Puan Raja NurHazwani ni. Nanti untuk persoalan yang anda ada, boleh tengok terus di facebook beliau.
Tak salah kan kita nak ceriakan rumah kita. Rumah yang bersih, rumah yang kemas, rumah yang cantik, sedap mata memandang boleh juga bahagiakan keluarga. Bukan kita je, tapi satu family pun akan seronok stay dekat rumah.
BACA JUGA : Diy Sejukkan Ruang Rumah Yang Panas Dengan Aluminium Foil
Bagi orang perempuan ni, rumah ni dah macam seluruh tempat dia punya. Nak pastikan kekal kemas, bersih dan cantik biar sedap mata memandang. Tapi jika dalam keseluruhan rumah tu, dapur tempat paling utama.
Kadang- kadang suami nak masuk dapur pun takut terutama bila kita dah selesai kemas dan bersihkan dapur tu. Risau takut disepahnya pulakkan pulak nanti. Padahal dia ke dapur nak minum air je. haha.
Kesimpulannya, semua orang nak rumah kemas dan bersih kan. So, jom deco rumah kita dan dapatkan idea daripada perkongsian sis ni!